Thursday 14 April 2016

Apps yang digunakan ketika beradi di Jepun

Setelah lama bermimpi2 nak ke Jepun akhirnya hajatku tercapai juga...ini disebabkan pengaruh zaman kecil2ku dan minat yang mendalam terhadap anime-anime Jepun. Jiwa seniku yang sentiasa meminati lukisan-lukisan yang dilukis oleh pelukis terkenal Jepun..... So harini nak kongsikan gadget dan apps yang membenarkan perjalanan kami sekeluarga berjalan dengan lancar.

Gadget dan Apps yang digunakan adalah :

1. Kena ada Internet!



Walaupun Tokyo dan Osaka adalah bandar internet memang free tetapi jangan lah bergantung harap...sebab setengah tempat je ada...takut korang masuk pintu lain keluar pintu lain...dah buntu...anda boleh bertanyakan kepada flexiroam kerana rangkaiannya agak laju di Jepun...kami bernasib baik kerana flexiroam telah memberi hadiah percuma unlimited internet kepada kami hasil dari kami membeli ticket Japan Rail JR di Travel agent yang digunakan.

2. Hyperdia  - cLick Link ni



Hyperdia ini adalah apps yang digunakan untuk membantu dalam menyemak segala perjalanan kenderaan awam di Jepun. Pada mulanya agak sukar untuk download apps ni..setelah mendapat nasihat dari kawan2 barulah kita tahu caranya...antaranya

a. Download apps hyperdia melalui komputer
b. Setelah download file apk masukkan apps tu ke dalam smartphone (buat semua melalui komputer)

3.Smartphone



Ofcourse la dengan dunia maju ni masing2 ade smartphone...tak kira mahal atau murah janji boleh guna

Bersambung nanti...bye...

No comments:

Post a Comment